Monday Blues

May 3rd, 2009

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua….

Dah lama ye aku tak menulis dalam blog ni…..kalaulah blog ni umpama rumah…dah bersawang bagai agaknya…hahahahahah…. entahla…. malas…bosan…takde cerita yang ‘menarik’…. bz dengan keje sikit itu yang membuatkan aku stop menulis buat sementara waktu…..

A ha! Di kesempatan ini, aku mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat sahabat2 ku, Ieja dan Day… sorry tak dapat pegi majlis kat sabah….Tapi at least aku pegi majlis kat Perak…..ape pun doa yang terbaik untuk kalian..AMIN… hehehehehe..agak2nya bilatiba giliran aku hantar kad kawen ek? Dah ada….dah siap print nama n locarion umah aku…tapi tang tarikh dan nama pengantin lelaki tu yang belum ada….kuikuikuikui  ^_^

Nampak gaya bulan-bulan mendatang ni merupakan bulan untuk ikat perut dan berjimat sikit buat aku sebab akhir bulan Mac yang lepas umah aku dipecah masuk…. camera digital kesayangan aku, cincin dan duit kena kebas…. Dalam hati ALLAH sahaja yang tahu betapa aku marah, kecewa……tapi akhirnya kena redha dengan keadaan dan ujian dari-NYA. Nak pegi holiday pun dah tak best sebab sebelum ni kalau pegi mana-mana, camera tu tak lekang dari aku…. Alahai…rasa macam hilang anak pulak….takpelah…. ada rezeki lebih sikit, ganti yang baru…..

Lately hati rasa sedikit tenang walaupun keje still menimbun…. Alhamdulillah… tapi kadangkala tergugat juga emosi dengan persekitaran… Ya Allah, bimbinglah aku ke jalan yang direhai oleh - Mu….

Bulan yang memenatkan

December 30th, 2008

Assalamualaikum.. Phew, dah sebulan aku tak update blog sebab kesibukan yang luar biasa. Thanx miza, ingatkan aku…kalau tak aku tak jenguk blog aku ni. Erm..lately hidup tak menentu sikit sebab dalam masa yang sama aku kena buat 3 keje yang sama-sama penting sehingga membuatkan aku sedikit stress dan cepat marah. Ya ALLAH..tenangkanlah hati hamba-MU ni…..

Alhamdulillah, proses pendaftaran adik kat UITM berjalan dengan lancar walaupun ada sesetengah prosidur yang aku pikir kurang efektif dan agak menyusahkan. Mungkin perbandingan tu timbul sebab masa aku kat UUM dulu, aku pernah handle kemasukan para pelajar baru. Tapi aku puji pengangkutan yang disediakan di padang kawat dimana kenderaan peribadi dikumpulkan di sana, kemudian para ibu bapa + saudara kepada pelajar baru ‘diangkut’ ke dewan dengan menaiki bas… mmg efisien kerana dapat mengurangkan kesesakan lalulintas.

Cuma bila sampai kat dewan, aku sedikit kecewa kerana petugas (AJK - studs senior kot yang handle) bagaikan terpinga-pinga..ada antara mereka yang datang lewat, ada yang hanya berdiri bagai tiang bendera dan menunggu pihak pelajar @ ibu bapa yang datang bertanya..walaupun tak semua macam tu, tapi penyampaian maklumat tidak efektif dan bersepadu. Aku puji para pegawai keselamatan (rasanyalah sebab depa pakai uniform) sebab refleksi diorang pantas dalam membantu para pelajar baru….

Di dalam kekalutan tersebut pelbagai announcements diberikan menyatakan tarikh taklimat di fakulti diadakan…kalau aku jadi pelajar baru, sukar aku nak buat 2 keje dlm satu masa kritikal. Aku terpikir jugak…daripada diorang bagi pelbagai pengumuman tu, ada baiknya sebelum masuk dewan pendaftaran, diorang sediakan lampiran  maklumat yang menyenaraikan masa dan tempat taklimat untuk semua course. Studs baru cuma perlu cari kat mana hala tuju mereka dengan melihat lampiran tersebut. Bukan ape, aku jumpe ramai studs baru yang terpinga-pinga lepas selesai daftar nak menuju ke mana…huhuhuhu…aku takleh nak komen banyak2 sebab mungkin environment aku dulu lain… flow dulu merangkumi semua pihak:

Bila dah daftar + kolej - ada program dengan NC -program ngan HEA - program ngan HEP - last sekali program ngan fakulti masing2…

Maaf ek bg ex-studs Uitm, aku cuma bagi pandangan yang tak seberapa je..kalau tersilap kata, aku mintak maaf…

Hehehehhe…lupa pulak…masa proses pendaftaran tu, aku ngan along dok tgk gelagat para pelajar baru…. terkesima kejap…tiba2 lost dan terpikir…kitorang  kat pendaftaran pelajar Universiti ke, kat ujibakat AF? hehehehh, iyelah yang pompuannya datang dengan mekap 3 inci….eye shadow seinci setengah…bulu mata tebal yang amat…kasut 18 inci (ekekeekke), rambut berwarna bagai…aksesori yang bling2…yang lelakinya macam2 pesen rambut dan pakaian..adei….. berbeza yang amat masa zaman aku n along daftar masuk matriks dan degree dulu2..ekekekek…akhirnya kami berdua akur yang zaman dah berubah dengan begitu pantas….

Ada satu situasi yang tak dapat aku lupakan…sambil2 aku ngan along tunggu adik daftar, adalah budak pompuan ayu yang dok sebelah kami…budak baru daftar jugak…so, borak2lah ngan dia…rupa2 nya dia bekas pelajar diploma kat situ jugak dan sambung degree terus… aku sohla along tanya kat mana lokasi HEP kat budak tu…. boleh dia jawab yang dia TAK TAHU…adei… bukan ke diploma 3 tahun kat tempat sama, tapi lokasi HEP pun tak tahu? sedih betul aku…alahai…. erm..ke dia tak tau HEP tu ape? Wallahualam..

Hahahahahah…. okaylah, aku nak kena sambung keje balik ni… ntah bila pulak nak update blog ni..Apepun, hanya doa yang terbaik untuk kalian…

Wassalam……..

Bolt-Antoo Fighter-Twilight-Quarantine

November 30th, 2008

Assalamualaikum….

Hehehehehehe…title kat atas tu merupakan title2 wayang yang aku tgk weekend ni..Giler aku ni kan? Ekekekekekek…aku pun tak tahu…tapi itulah salah satu reward yang aku boleh bg kat diri aku sendiri bulan nie…..kat bawah ni…dengan satu perkataan je, aku boleh menggambarkan keseluruhan keempat-empat citer yang aku dah tengok ni…..heheehehhehe

BOLT = emosi

ANTOO FIGHTER = frust!

TWILIGHT = romantik

QUARANTINE = ee…………yucks!

Well, minggu ni takdelah bosan sangat sebab dok melayan karenah giler aku ni..at least puas hati la jugak…ekekekekk…yang paling meninggalkan kesan dalam hati aku ialah citer BOLT..pergh..mengalir air mata aku kejap tgk babak sedih dalam citer nie…mujur panggung tu  gelap..kalau tak, buat malu jer…. muahahahah ^_^

Balik Kampung……..mimpi?

November 23rd, 2008

Assalamualaikum….

Heheehehhe…dah lama aku tak update blog…bz n malas sikit (ikhlas tak alasan aku?) hahhaahahahha…

Hatiku gumbira yang amat sebab akhir2 tahun ni dapat kerap balik ke kampung…tak kisahlah banyak duit habis….yang penting gembira dapat jumpe family dan buat apa yang patut dalam masa sehari setengah(weekend). Hari sabtu siap tolong adik dan papa pasang canopy..almaklumlah musim hujan dah start…kesian kat kereta yang kena hujan hari-hari….kucing2 pon boleh berteduh sama..hehhehe …Pagi semalam pulak sempat hantar kucing pegi klinik..antar mama pegi keje… alahai…bestnya!

Petang semalam dari LCCT ke Putrajaya aku amik teksi je..ingatkan nak amik bas, turun kat KLIA - amik ERL - ke putrajaya….tapi penat la pulak..lagipun tak sabar-sabar nak makan bekal yang mama bagi sebenarnya….hahahhaha..

Penat sangat sampaikan lepas maghrib aku tertido…ingat nak iron baju keje, tapi hampeh…pagi tadi jugak berkalut iron baju. Semalam (ke pagi tadi..aku tak pasti..) aku mimpi lagi..agaknya penat sangat dan perjalanan pegi dan balik aku naik flight, so aku mimpi pasal flight. Dalam flight tu ada kawan2 lama dan jugak opismate aku…..ntah macam mana flight tu terhempas…punyalah kalut keadaan di dalam flight tu..hingar bingar sebelum terhempas….mmg menakutkan… akhirnya, kami semua terhempas dalam lautan….

Dengan kuasa Allah, ramai yang terselamat….mana yang selamat ke tepian pantai…dan meneruskan usaha mencari kawan2 yang lain…. ‘aku’ masih di dalam lautan yang agak tenang….seperti tiada siapa yang cuba menyelamatkan aku…tapi tiba2 aku berada di pantai…melihat keadaan sekeliling dan pegi mendapatkan sekumpulan kawan2ku yang kelihatan agak panik. Aku dekati dan rupa-rupanya salah seorang opismate aku baru diselamatkan tetapi masih tidak sedarkan diri. Dengan rasa tanggungjawab, aku dekatinya dan aku pulihkan dia…macam magik! Sebaik sahaja kawan aku tu dah okay, senyap2 aku berlalu pegi seumpama kabus….rasa puas hati yang amat…

Tidak lama kemudian, aku buka mata aku..nafasku sesak diasak air yang menggila….rupa-rupanya jasad aku masih berada di dalam lautan…di mana orang-orang yang menyelamatkan aku?? ntahlah…tiba-tiba aku rasa pasrah apa yang bakal berlaku pada diri aku….

Tiba-tiba terdengar kuakan air dari kanan dan kiriku…..dan secara tiba2 jugak alarm henpon aku berbunyik! adeiiiiiiiiiiii………………..terpaksalah aku bangun tido tanpa aku ketahui nasib diri aku….

Apa maksudnya?

October 22nd, 2008

Assalamualaikum…

Hari ni aku nak bercerita pasal mimpi aku yang boleh dikategorikan mimpi yang agak menakutkan….dan penuh keinsafan..

Semalam aku tak keja…amik emergency leave sebab tak berapa sihat…lepas je solat Subuh, aku sambung tido…. masa tu la aku mimpi yang bisa menyesakkan dada dan benakku. Agaknya aku n along excited nak pegi Langkawi…mimpi aku sekitar di pantai yang mempunyai pemandangan yang amat indah….tapi masa tu aku n beberapa yang lain dok dalam umah (macam style umah nelayan…) betul2 mengadap pantai yang indah tu…takleh nak diluahkan keadaaan sekeliling…lagi indah pemandangannya daripada apa yang aku lihat masa dok kat hotel awana porto malai, Langkawi…hehhehehe…laut yang membiru…langit yang membiru…angin sepoi2 bahasa…pergh! romantic btol! ramai jugak pelancong asing dan tempatan kat pantai tu…..aku hanya lepak kat tingkap umah je sambil amik gamba….

Nak dijadikan cerita….. tiba-tiba angin yang deras bertiup….kaget sekejap aku…langit yang biru bertukar menjadi hitam pekat…gumpalan2 awam hitam pekat berserakan dilangit dalam gerakan yang tak terpikir apatah lagi nak pandang di dunia realiti ni……..keadaan hingar bingar masa tu…. orang2 yang dok kat pantai mula berlari2 anak meninggalkan kawasan pantai…seakan ribut yang bakal melanda….. situasi semakin kelam dan gelap….kecut jugak hatiku masa tu….. rupa2nya laut yang membiru indah tadi sudah bertukar menjadi hitam yang amat….persis air longkang…..ombak bergulung2 dan paras air semakin tinggi - lebih kurang 7-8 meter…. orang2 dalam umah aku tu semakin kalut….aku simpan kamera dan arahkan mereka tutup semua tingkap dan tahan tingkap tu dari dalam umah….aku tau ombak yang besar itu akan menghempas umah masa tu…..masa tu aku dan 2-3 orang lagi incharge kat pintu utama….siap tahan dengan kaki lagi….

Ya Allah, mmg berdebar dan takut yang amat tatkala ombak besar hitam menghempas umah aku….. dengan kudrat yang ada, dapat menghalang ombak masuk ke dalam umah…tapi dicelah2 pintu seakan2 nampak sepasang tangan hitam berpaut pada pintu….ombak tersebut seakan tangan2 besar yang cuba menolak dari luar..terketar2 kaki aku masa tu….jerit pekik menghiasi keadaan…Mujur semuanya selamat…. keadaan kembali sunyi….aku cuba memberanikan diri….kubuka tingkap dan keadaan beransur2 menjadi sedia kala…. langit membiru…laut membiru….. bezanya matahari kian terbenam….suasana tika tu indah sekali sehingga ketakutanku berundur seketika…kugapai kamera dan kutangkap gambar yang indah…. pengunjung dan pelancong yang bertempiaran lari kembali ke pantai…seolah2 tiada ape2 berlaku…. bergembira dengan pakaian yang……. korang boleh imaginelah sendiri…. terdetik dalam hati aku…. diorang tak takut ke ape yang berlaku??

Namun, keadaan seperti tadi sekali lagi berlaku…kekecohan sekali lagi berlaku…kali ni ombak makin kuat dan ganas sehingga ‘tangan-tangan’ hitam yang besar berjaya membolosi pintu utama umah…seorang penghuni umah digenggam kemas dan di bawa pergi…ketakutan semakin menjalari hati aku….Ya Allah, betapa aku takut tika itu…. tapi..tak lama kemudian, keadaan normal kembali semula…begitu juga dengan gelagak pelancong dan pengunjung pantai….aku makin keliru….

Ombak yang ketiga semakin mengganas..Alhamdulillah aku tak ape2….tapi suasana seperti tadi tidak lagi kelihatan apabila keadaan kembali tenang…tiada lagi pengunjung dan pelancong bersuka ria…dimana mereka? Wallahua’alam…. aku pon tak tahu…. apa yang aku ingat aku selamat…syukur Alhamdulillah….cuma nun jauh di sana aku sempat lihat 2 ekor binatang yang amat besar dan menggerunkan keluar hari laut…entahlah..aku pun tak tahu ape…

Lepas tu syukur Alhamdulillah aku terjaga dari tido….pergh..mmg seram..sampai sekarang mimpi tu bermain2 di benakku….

Kemana menghilangnya keberkatan bekerja?

October 20th, 2008

Assalamualaikum…..

Jam dah menunjukkan kul 11.41 pagi…tapi ntahlah…ada antara teman-teman sepejabat dah menghilangkan diri..bukan aku dengki atau jeles ke ape….tapi nak buat sedikit teguran….apa-apa yang kita buat, konsep keberkatan dalam kerja mesti ada…. (sebagai contoh: dah tak berkat masa kerja aku sekarang ni sebab menulis dalam blog masa waktu berkerja nih….heheheheeh…takpe, nanti aku cover balik)..kalau tak …..secara langsung..atau..secara tak langsung Allah akan tarik sedikit demi sedikit…Aku bukannya Ustazah…cuma hati aku gelisah yang amat sebab melihat kawan-kawan sendiri melanggar peraturan. Aku tak perfect, cuma aku cuba untuk menjadi individu yang terbaik untuk diri aku sendiri…

Ntahlah, banyak situasi yang aku kurang senang berada di sini..atau mungkin orang yang tak senang dengan aku kot…ekekekekek…..mungkin ramai yang cakap aku tak bercampur dengan diorang..aku sombong la…aku skema ke… aku hipokrit ke….aku tak kisah sebab aku tau diri aku nie…cepat terikut2…at least dengan berdiam diri, aku boleh kurangkan risiko tersebut…

Ya Allah….aku tak betah dengan situasi ni….ada yang datang lewat..punch card still hitam…ada yang balik awal…punch card still hitam…ada yang kuar makan awal..kul 11.30,12.00, 12.30 dah menghilangkan diri dr opis….balik pulak kul 2.15,2.30 petang..ermm..tiada siapa perasan atau mungkin jugak buat-buat tak perasan…ada yang menghilangkan diri waktu kerja….bila tanya katanya cuti…. tapi punch card still hitam…..ada yang isi borang time off…tapi tak hantar kat admin..terperuk atas meja sendiri….. bila balik opis, renyukkan time off dan buang dalam tong sampah…ada yang suka amik kredit atas keje orang lain tapi dengan BANGGA mengaku itu kerja dia yang buat……ada jugak yang suka jadi CNN jabatan…cerita tak sahih dah dijaja ke sana sini sampaikan empunya badan rasa marah dan tak selesa…..dah jatuh hukum fitnah tu….fitnah!! tau tak….?

Ke aku yang tak normal? tak pandai menyesuaikan diri dalam situasi dan karier? entahlah…aku pon tak pasti…. cuma sikap sebenar aku dengan situasi sekarang berbeda yang amat….. setiap kali nak buat benda tak selayaknya, cerminku adalah mama dan papa…..yang penting adalah DIA…. aku takut…..aku takut yang amat punca rezeki aku tak halal n tak berkat…biarlah aku tak mewah…tak pakai pakaian dan aksesori berjenama…yang aku pasti…duit aku disalurkan untuk keluarga aku…tiada yang penting selain kuarga aku…..Ya Allah, tetapkan hati dan niatku ini…..KAU berikanlah kesihatan yang TERBAIK untuk kuarga aku….pimpinlah aku ke jalan yang benar….ke sisi-MU….berilah yang terbaik untukku…..agar aku menjadi seorang pekerja yang baik…patuh kepada kebenaran….AMIN…

Week 3- October 2008

October 14th, 2008

Assalamualaikum….

Adei…title kali ni sebijik macam system update yang aku buat saban minggu…dah tak tau nak letak title ape…title yang lebih catchy dan berjiwa hebat!

Ada sesuatu perkara yang aku nak kongsikan bersama korang (thanx dearie Yanie, bg kak Farid benda ni!): - PERKARA AJAIB TERSEMBUNYI DI DALAM MINDA

Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

Erm…dua situasi jiwa yang kontra, tapi mungkin ada kebenarannya…harap2 pada situasi pertama itu benar-benar berlaku….Tapi kan…kalau ingat kat orang tak wujud macam mana ek??? muahahaahahahhaha  ^_^ dah tak betul aku nie….

InsyaAllah, hari jumaat ni aku fly balik umah…entahlah, tiba2 je buat decision nak balik semalam…terpikir kejap, terus beli tiket flight pegi-balik terus secara online…Rasa rindu sangat2 kat umah..kat mama, papa, adik…kucing2…. bgtau kat along n mama…diorang pakat tanya: “Naper tibe2 nak balik?” hahhaha…punyalah risau diorang..tapi itulah…takleh nak jawab sebab tibe2 je perasaan tu datang…nak buat macam mana, aku ni kan unpredictable person…. heheeheh…iyerlah, diorang heran sebab aku baru je balik raya baru2 ni… agaknya risau kot tgk perangai aku pelik…..aku pon heran jugak…naper ek? Ya Allah..kenapa dengan aku ni? Erm…tak kisahla… aku balik dengan niat yang baik…kalaulah ada apa2 yang berlaku pon pada aku, aku tak ralat…….

Okaylah… better stop ‘ere… nak cari kot2 ada kerja yang boleh dibuat (almaklumlah bos takde hari ni…) …heheheheheheheh

Salam sayang dan rindu dari aku buat semua  ^_^

Assalamualaikum………

Penantian dalam harapan

October 7th, 2008

Assalamualaikum….

Hehehehhe..semalam aku buat kerja yang tak penah aku buat sebelum ni…. bukak frenster dan asyik refresh je…dengan harapan dapat wishes dari kawan2 aku…adei…macam budak2 la aku nih…padahal umur dah menginjak ke satu angka… ^_^

Minggu ni nampaknya kena buat persiapan untuk mengendalikan kursus…. report system pon bertambun atas meja aku…dah berhari-hari meminta belas kasihan aku untuk membelek dan membaca…. tapi itulah, setiap kali nak baca…rasa malas dan bosan mula menerjah….hehehhehe…mesti ada setan yang ‘tolong’ memalaskan aku…muahahahha..setan jugak yang dijadikan alasan…mentang-mentang bukan bulan puasa…adei…adei…..teruknya aku nih…kan? alahai…nak install system kat user lagi…nak buat taklimat lagi…cukup membuatkan aku tak semangat sebab tekak masih sakit…suara pun still macam ala-ala ‘Ella’. hahahahahahahah….kadang2 macam makcik atau nenek kebayan yang batuk atau semput…satu opis agaknya boleh dengar aku batuk….heheheheh

Erm…12hb ni Miza masuk IJN..nak kena buat operation….. Jangan risau wahai sahabat…segala DOA yang TERbaik hanya untuk hang…jangan gentar, jangan takut….ALLAH sentiasa disisi hamba-NYA….

Salam Sayang dari aku….

Obsesi itu memenatkan….

October 6th, 2008

Assalamualaikum…..

Buat para sahabat yang masih mengingati hari gembira aku pada hari ni…aku ucapkan jutaan terima kasih….. terima kasih…terima kasih…buat yang lupa, atau buat2 lupa tu…takpelah…aku paham….korang sibuk…. tapi aku sentiasa berdoa yg aku takkan lupakan hari korang dilahirkan kat dunia nie….InsyaAllah…

Waaaa……obsesi aku kembali lagi ni….macam mana ni…. ingatan bergentayangan fikirkan orang yang tak wujud…Tak pernah watak dalam novel seperti ini terpaut pada hati aku sekuat ini…Adei..penatnya aku…tapi takpelah…ada hikmah disebaliknya… Nampak macam tak berapa betul…tapi salah ke aku obsesi kepada kebaikan? ekekekekekekke…… tolong aku Saifudin….adei…

Lambatkan akhir bulan ni menjengah..tak sabar rasanya sebab nak bawak Along pegi Kuala Perlis n Langkawi….yeahoo!! Ya Allah, biarlah permohonan cutiku nanti diperkenan dan diluluskan……..Aminnn…..

Adei, sakit tekak makin teruk…terutamanya bila malam…batuk sampai pedih usus2 aku (eiiii, ada kaitan ke dgn usus??) muahahahhaha….. cool fever pun dah abis…nampak gaya kena pegi beli petang ni lepas waktu keje…kalau tak badan aku membahang jer….InsyaAllah, semoga aku cepat sembuh..(hakikatnya, secara realiti aku lebih suka sakit…..) bersendiri di rumah lebih menenangkan daripada membuat keje2 lagha di office - sebab emosi bekerja yang semakin merudum…

Okaylah, selamat hari raya buat semua…..

Salam sayang dariku…

Salam Aidilfitri

October 5th, 2008

Assalamualaikum…

Waaaaa…hari ni dah masuk Hari Raya ke-6..aku pon dah tercatuk depan PC dalam office nie….suasana kat office ni bagai dilanda serangan garuda sebab ramai lagi yang bercuti raya…er…ke penat yang amat mengharungi kesesakan lalulintas yang dasyat? hehhehe..ape pun, doa yang terbaik untuk kalian.

Alhamdulillah, masa balik kampung 27hb yang lepas…takdelah jammed teruk sangat jalan…cuma dekat area Kuala Krai sahaja bibit2 kesesakan bermula…. teruk btol emosi aku hari tu…iyelah…berdepan dengan pelbagai karenah pemandu2 yang pentingkan diri sendiri….sampai satu tahap…hati aku menggelegak bila RAMAI sangat yang tak sabar….. potong barisan dan menggunakan lorong kecemasan…..last2, aku dengan jahatnya, dengan bantuan secara tak sengaja oleh 4 wheel drive kat belakang aku tu membuat onar untuk kebaikan sejagat…aicheh! dengan selambanya, aku menghalang laluan kecemasan..kiranya macam sebelah badan kete kat laluan kecemasan, sebelah lagi kat main road…. tapi peliknya, ada jugak pemandu2 yang degil…nak juga memintas mengikut laluan kecemasan…tapi aku buat derk je…ada antara mereka yang sanggup menggadaikan kereta di bahu jalan….siap ada bunyik “srekkkkkkk” (ha, tersagat tepi jalan la tu…)…mujur kete belakang aku cover kete aku yang kecik sikit dari kete dia tu..agaknya dia pun ada sikap amarah macam aku ni kot…..at least aku berjaya menyelamatkan jiwa2 yang marah dibelakang2ku kerana berbaris lama secara ‘halal’……..adei…

Aidilfitri kali ni disambut dengan sederhana…bukan ape..mama, adik, along dan aku demam…so mood tak berapa nak ada…. balik kampung pulak …pakcik2…sepupu.2.makcik2….asyik cakap aku gemuk…laaaaaaaaaaaaagilah mood aku kureng. Hahahahahha…dah hakikat,kan? kenalah terima….Kalau ‘Saifudin’ ada kat sebelah aku, mesti dia akan cakap…

‘Sabar itu sebahagian daripada IMAN….rasa cemburu itu adalah bisikan2 halus…. senjata dari iblis dan syaitan untuk menyesatkan keturunan Adam…’

Adei….harga di pasar basah pon naik mendadak…terkojut aku..beli ikan kembong sekilo-RM15!!!! pegi kedai pertama n kedua, aku ingat mata aku kero…tak kenal ikan kembong (iyerlah, mungkin ikan spesies baru yang seakan2 ikan kembong)..pegi kedai ketiga….sahih! mata aku tak silap dan tidak dihijabkan oleh mana2 situasi dan keadaan…. SAH! harga sekilo ikan kembong adalah RM15! pergh…….mahal giler! mujurlah ikan fresh…kurang sikit rasa amarah aku….mujurlah, ada rezeki kucing2 aku makan nasik berlaukkan ikan kembong….AMIN……..

Okaylah, nak buat keje dulu….walaupon mood keje takder….

Salam sayang dari aku buat semua….

Rantaian mutiara DOA…..

September 24th, 2008

“Ya Allah, bersihkan diriku daripada kehinaan…Berilah kesabaran kepadaku untuk menerima segala ketentuan…Berilah kemampuan kepadaku untuk bertakwa….”

“Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat MU dan berikanlah aku petunjukMU. Bersihkan hatiku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman..”

“Ya Allah, penuhkan hidupku dengan amalan dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta…”

“Ya Allah, berilah rezeki dan ganjaran Lailatul Qadar kepadaku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan  dosaku…”

Note(s) to Self

September 11th, 2008

Assalamualaikum…..

Hari ni malas nak tulis banyak2 sebab ada banyak keje kat opis nie… cuma nak berkongsi bait2 kata yang  indah yang telah diberikan oleh sahabatku, Kinah Zain kepadaku..yang memahami situasiku….terima kasih wahai sahabat..terima kasih….

Don’t compare yourself with any one in this world.
If you compare, you are insulting yourself

No one will manufacture a lock without a key.
Similarly God won’t give problems without solutions.

Life laughs at you when you are unhappy…
Life smiles at you when you are happy…
Life salutes you when you make others happy…

Every successful person has a painful story.
Every painful story has a successful ending.
Accept the pain and get ready for success.

Easy is to judge the mistakes of others.
Difficult is to recognize our own mistakes.
It is easier to protect your feet with slippers than to cover the earth with carpet.

No one can go back and change a bad beginning; But anyone can start now and create a successful ending.

If a problem can be solved, no need to worry about it.
If a problem cannot be solved what is the use of worrying?

If you miss an opportunity don’t fill the eyes with tears.
It will hide another better opportunity in front of you

“Changing the Face” can change nothing.
But “Facing the Change” can change everything.

Don’t complain about others;
Change yourself if you want peace.

Mistakes are painful when they happen.
But year’s later collection of mistakes is called experience, which leads to success.

Be bold when you loose and be calm when you win.

Heated gold becomes ornament.  Beaten copper becomes wires.   Depleted stone becomes statue.
So the more pain you get in life you become more valuable.

Sikap Oh…sikap!

September 10th, 2008

Assalamualaikum…..

Waaa… pagi ni lambat sikit sampai opis….dalam kul 7.50 rasanya….tapi Alhamdulillah… setakat ni punch card aku tak pernah lagi ‘dihiasi’ dengan warna merah. ekekekekkeek…..

Pagi tadi, masa nak datang keje….lampu isyarat asyik kuning je bila aku sampai. Selalunya aku main redah je, tapi hari ni rasa macam nak jadi baik jer…Almaklumlah, bulan puasa ni, keadaan trafik di sekitar putrajaya ni makin sesak..tapi nak dijadikan cerita…aku cukup nak marah dengan sikap pemandu2 yang mementingkan diri sendiri nih…. mmglah lampu hijau, tapi kalo dah nampak jalan depan tu dah stuck dan kete kat depan nun tak bergerak2, nak tunjuk degil jugak…. nak masuk jugak jalan…. last2 lampu dah merah, kete diorang ‘elok’ je berada di tengah2 jalan…. pemandu-pemandu di jalan sebaliknya LANGSUNG takleh nak meneruskan perjalanan dek kerana laluan mereka dihalang dengan ‘jayanya’ oleh sekelompok manusia yang tak paham2 tu! aku tengok pon geram!

Itulah sikap pemandu2 kita…bila ditanya…dijawabnya: “dah lampu hijau…jalanla!” amboi, jawab bukan main pandai…. tapi bila kena kat diorang…mau mengamuk…ye tak?? Heran…heran….. ikut peraturan tak kena tempatnya…. (sigh). Pikirlah…. pikir pengguna jalan raya yang lain….

Minggu lepas berlaku juga pada aku….berhadapan dengan pemandu yang kurang ajar dan tak paham priority di jalan raya. Cuba teka….pemandu lelaki ke pompuan??? hahhahahahah…tekalah sendiri…..

Masa tu kat traffic light jugak… kereta aku merupakan kereta ketiga berbaris di hadapan traffic light tu sambil menunggu lampu hijau. Tak dinafikan jalan susur di sebelah kiriku agak kecil.. (kalau tak percaya..korang pegi tengok….) hehehhehe….  ada satu kete ni..kete kancil tak silap aku…dia nak keluar melalui susur tu, tapi tak muat disebabkan kete aku….mana2 kereta pun takkan muat sebab susur tu kecik!…tapi sebab egonya dia….dia hon sekuat2 alam kat aku… kalau tak pikir bulan poser, mau aku keluar n cakap ” Lu buta ka?!! kete aku masuk lane sendiri lagi la!!!” hehehhehe… (dalam khayalan jer tuh…)…iyerlah, bukannya aku bodoh tahap cipan bakar nak halang jalan susur tu walhal aku nak jalan terus…tunggulah lampu hijau dulu…naper ‘cerdik tahap gaban sangat??’..adei…. mentaliti yang kurang cerdas agaknya…kesian..kesian…. penunggang motor yang kat sebelah kete aku pon geleng kepala kat mamat tu…’baik’ sungguh budi bahasa dan pekerti dia… sebaik sahaja dia melewati kete aku…apalagi…aku siap jeling sampai nak terbalik bijik mata…. tanda protes atas ‘kekurangan ajar’ pemandu tu… tu baru bawak kete kancil..kalau bawak BMW?? aku bukan bias….tapi sikap dia yang membuat aku geram!selfish!!!

Hehehehhe..okaylah, takleh nak marah2 sangat di bulan puasa…nanti ‘markah’ kena tolak….apepun doa yang terbaik untuk kalian….

Mati itu pasti….hidup itu InsyaAllah…..

September 9th, 2008

Assalamualaikum….

Kepada semua umat Islam, selamat berpuasa… dah masuk 10 hari kan kita semua menjalani ibadah puasa ini…Alhamdulillah, masih lagi dipanjangkan umur oleh-NYA yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang untuk memberi peluang kepada semua umat-NYA untuk beribadah dan menikmati bulan yang mulia ini……Alhamdulillah…Syukur….dan segala puji-puji pada-NYA.

Alhamdulillah, pagi tadi sempat sahur ..cukuplah dengan 3 biji kurma dan secawan air putih…mujur Along kejutkan..kalau tak, tak sahurlah aku macam semalam. Isyk, setan dah kena kurung… liat betul nak bangun sahur…. muahahahahah…itulah sikap manusia… suka nak menyalahkan orang lain untuk cover diri sendiri….hahaahahahaha…betul tak?

Ermmm…macam banyak keje, tapi moral down pulak…macam mana nak buat ek???

Uiks, title kat atas tu adalah cebisan kata-kata Laksamana Sunan..bila pikir dan perhatikan… ayat penyataan tu benar…disalurkan secara puitis dan menyentuh hati….Antara ayat lain yang terkesan di hati aku adalah:

“Sebagai manusia…kita sayang padamu..”

Aip….aip!! jangan ingat aku jiwang karat…kata-kata tu ada makna mendalam… bukan sepertimana yang korang pikirkan… cuma luahan kata-kata dari beliau tu pada situasi yang tidak dijangka…. situasi menghadapi musuh…. tapi kan..kalau diaplikasikan kepada musuh sekarang macam mana ek? heheheh…Wallahu’alam… depends pada musuh jugak, kan?

Sebuah puisi yang ditulis pada musyafnya juga menarik hati aku….. (kenapa ngan aku ni…adakah aku ni manusia dari kurun ke-15 yang tercampak ke kurun-21 nie?? - betul cakap Along..aku ni oldies)…

“Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan…..

Aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih…

Seiring nyawa menghanyut usia…

Sejalan nafas melangkah ke hujung…

Awan kalau dapat dicapai, maka saktilah hamba….

Kau bagaikan puteri………..Haryani”

pergh, puitis dan penuh makna yang indah……

Dulu zaman muda2 masa sekolah menengah, rajin jugaklah aku menulis puisi…sampai masuk pertandingan…. hehehhehe..gaduh ngan bestfriend…siap tulis puisi…

Aha! teringat pulak masa tulis puisi dan bagi kat cikgu kelas masa form 5 kot…. kesnya macam ni…kelas aku dulu mmg kelas budak2 Otai..almaklumlah masa tu satu kelas je yang menempatkan budak2 yang amik paper akaun/ekonomi. Yang lain2 kelas budak2 pandai sebab depa amik sains tulen. Oleh kerana (mungkinlah) cikgu2 anggap kami ni tak berapa pandai…agak teruk juga layanan dari cikgu2 kelas sains kat bebudak kelas kami…mmg kami ada otai superb macam Ropa…Ropi…(alahai lupa pulak nama yang lain) ..tapi tolonglah jangan layan kami macam kami takde maruah. Kebetulan jiwa masih muda…suka memberontak..tambah pulak dah tau cikgu layan macam kami sampah (tak semua cikgula..)..itu yang kami buat hal…(bukan jahat, tapi nakal)…Alah, setakat bising masa cikgu takde…kecik punya hal apa? budak2 sekolah kat Afrika pon macam tu…..

One day, ada sorang cikgu ni…agaknya jaki betul dengan kitorang..panggil kitorang setan…sentap, beb! sentap! Menggunakan kepakaran aku, aku tulislah puisi pastu bagi kat cikgu kelas aku ha….

Dipendekkan cerita….

Dapat je result SPM, terkejut jugaklah cikgu2 (mungkinlah) sebab budak2 kelas aku sorang pun takde yang dapat keputusan SAP..tapi ada budak kelas sains tulen yang dapat SAP. Masa tu rasa macam nak panjat pokok je…tapi mujur waras lagi….heheheheheh….cikgu….(khas buat cikgu yang cakap kami ni setan dulu)…kitorang dah buktikan…. kitorang dah berjaya!

Apapun, semua jasa cikgu2 dan juga pensyarah tidak pernah aku lupakan…thanx a lot! Alhamdulillah aku jadi salah seorang insan yang berjaya walau sentiasa keliru dalam kekalutan perasaan dan situasi……

Hijab Sang Pencinta- Aku Jatuh Cinta Sekali Lagi

September 8th, 2008

Assalamualaikum….

Erm… title macam poyo jer…. macam dah ada title ni, tapi lantaklah….ekekekeke.. sebenarnya aku jatuh cinta sekali lagi pada watak Saifudin aka Laksamana Sunan. Watak imaginasi daripada novelis thriller yang adik beradik aku minat dalam novel triloginya Bagaikan Puteri-Cinta Sang Ratu-Hijab Sang Pencinta. Hijab Sang Pencinta adalah pelengkap kepada trilogi ni… best sangat sampaikan sekiranya Saifudin itu benar2 wujud, entah kali keberapa aku jatuh cinta. Almaklumlah aku ni oldies…tak sangka boleh ‘jatuh cinta’ pada watak kurun ke -15. Buat sesiapa yang belum membaca karya Ramlee Awang Mursyid, aku nasihatkan…pegilah cari…n baca..jangan pinjam buku kawan dan buat harta sendiri okay….heheheheh

Bukan apa, banyak unsur Islam diterapkan dalam novel trilogi ni sampaikan aku dapat rasa dan begitu yakin Saifudin tu salah seorang hamba Allah yang tinggi ilmu dan pekerti. Dari novel2 ini banyak perkara mengenai Islam, hadis dan perkara-perkara yang murni aku belajar…secara tak langsung unsur-unsur dakwah diterapkan….dapat tingkatkan ilmu agama aku sendiri….buat apa nak hipokrit sedangkan itu yang benar….

Bukan trilogi tu juga yang best..yang lain2 juga besh…for those yang tak berapa jiwang n minat thriller, aku suggest kat korang…bacalah…..

gambar kulit novel RAM

gambar kulit novel RAM

i’m back!

September 8th, 2008

Assalamualaikum….

Wallaweh… dah lama tak menulis dalam blog tup2 interface kat dalam ni dah lain sikit. Takpelah, yang penting keyboard aku masih mampu mengeluarkan huruf dan perkataan kat blog ni, syukur Alhamdillah…

Lepas kehilangan Robin Jr. aku dah malas nak menulis…time tu betul2 sedih sebab seakan2 hilang ‘teman’ dalam hidup yang bercelaru. Nak dipendekkan cerita, lepas dapat maklumat, diberitakan bahawa kucing-kucing yang ditangkap di sekitar putrajaya di tempatkan di SPCA, Ampang…tempat di jagaan haiwan2. Walaupun ‘berchenta’ betul nak pegi Ampang…aku tekad…siap amik map dari website SPCA..tanya opismate lagi ha… aku ingat lagi ha…

Sabtu

1st day aku pegi  cari tempat tu…. lupa la pulak private sector still keje hari tu…jammed tahap gaban…. dengan sesatnya lagi jalan…kuar kul 8.30 pagi…. dapat kuar dari Ampang dalam kul 10.30 pagi…. dah macam putus asa…tapi aku tekad esoknya aku nak cari lagi…. Lepas sesat tu, balik putrajaya terus pegi Alamanda cari ala2 rantai leher (ape kebenda ntah namanya) untuk robin Jr. Dalam hati begitu yakin yang aku akan berjaya…

Hari Ahad.

Sekali lagi aku mencari lokasi SPCA… siap tanya driver teksi lagi… Alhamdulillah…    perjalananku dipermudahkan oleh Allah kali ni…sampai kat sana dalam kul 9.00 pagi. Dari luar dah nampak anjing2 yang besar…seram jugak aku ha….dahla aku phobia ngan anjing ni…. masuk opis dia…penat je aku cerita sejarah kehilangan Robin Jr….staff kat situ soh aku carik sendiri kat sangkar belakang….. pergh..penuh liku betul! dah la on the way nak pegi kat sangkar2 belakang tu anjing berkeliaran..ada yang dilepaskan… besar pulak tu! aku bgtau kat staf SPCA…diorg cakap takpe…anjing tu tak gigit….. nak tak nak aku kuatkan semangat…. jalan pun pegang dinding…kalo aku kurus, dah tak tau mana satu dinding n mana satu aku…muahahahha…..

Sampai je kat tempat kucing2..jenuh aku tilik sekor2… semuanya cantik2….ada jugak yang bisa membuatkan air mata aku tumpah…. kalo aku mampu, nak aku bawak balik semua…tapi apakan daya….. dekat 20 minit kat situ..bayang Robin Jr. takde…. frust yang amat!… kebetulan ada lagi tempat di bahagian lain…tapi nak melalui tempat tu kena lalu depan2 anjing yang besar gabak.. dipisahkan dengan pagar je…. takut giler aku… lalu pon sambil tahan nafas…. anjing2 tu macam tau aku takut…siap beratur tepi pagar sambil menyalak… ntahlah nak tegur ker, nak marah ke…aku tak tau…. sekali lagi aku frust, sah…Robin Jr. takde!!!! terpaksalah aku balik dengan perasaan yg berbuku dihati. Bgtau kat hsmate aku yang keje kat perbadanan putrajaya….

Isnin

Hari tu benar2 menguji kesabaran aku…hsmate aku bgtau (baru pecah rahsia yang dirinya pon baru tau) yang Robin Jr. tak dihantar ke SPCA…kontraktor yang amik kucing2 tu kurung kat satu tempat selama 3 hari dan dalam tempoh tu takde orang tuntut…kucing2 tu akan diberi suntikan maut! Dengar je maklumat tu, kat opis jugak aku menangis…. kejam! mmg kejam! macam mana nak tuntut kucing tu…. tangkapan dibuat langsung tak bgtau penduduk..takde notis, takde pengumuman…nothing!..pastu apatah lagi perkara yang dituntut dalam 3 hari tu..mana ada notis..mana ada memo??? macam mana org nak tau???? Aku tau pasal SPCA pon sebab org ‘dalam’ yang cakap…itupon tak betul! Dalam hati mmg tersemat dendam kesumat…tapi bila pikir balik Robin Jr. tak ditakdirkan untuk aku…terpaksa aku pasrah….. DIA lebih berhak….ape pun, aku berdoa agar Robin Jr. ingat aku walau apa pun keadaan dia……. :(

Mungkin orang lain nampak kes ni takde ape-ape sebab mungkin tiada perasaan kasih pada binatang…percayalah…kalau kalian berada pada situasi aku…. hatta nyawa seekor binatang pon akan memberi kesan yang besar dalam hati korang semua…..

Satu kehilangan….

July 14th, 2008

Assalamualaikum….

"Sukar untukku menyayangi ’sesuatu’..kerna ku tahu ’sesuatu’ itu tak mungkin menjadi milikku…. sukar untuk kupercaya bahawa aku telah mula menyayangi ’sesuatu’ itu…namun akhirnya ’sesuatu’ itu direnggut terus dari hidupku…. Adakah aku akan terus berharap pada ’sesuatu’?? aku pun tidak tahu….."

Erm… belum meneruskan tinta kali ni, mataku sudah bergenang..ntah buat kali keberapa, aku pun tidak pasti….kali ni aku kehilangan ‘teman’ yang sentiasa menunggu untuk membuatku gembira dari hati yang berterusan sedih dan walang….namun ‘teman’ku itu sudah tiada…atau lebih tepat lagi …..dibawa pergi dari ku….

Hari ni dah masuk seminggu Robin Jr. hilang….kucing terbiar yang menjadi buah hati aku… DIA hadirkan Robin Jr. dalam hidupku tatkala jiwaku keliru dan bersedih… sejak kehilangan Robin Jr.,ntah berapa kali mataku seakan tiada penghujungnya untuk menangisinya..aku benar2 terkilan dan sedih…benar-benar sedih sebab di saat aku terlalu menyayanginya, dia hilang entah ke mana….Pertama kali aku pelihara kucing (walaupun kucing jalanan) sejak bekerja di sini benar2 meninggalkan kesan yang mendalam di hati aku….aku belikan makanan saban minggu…dari makanan yang bersaiz kecil kotaknya sehinggakan sekarang ni dah sepeket besar… aku belikan shampoo, aku belikan towel….aku sediakan beg aku untuk dijadikan tempat tidurnya….Bila balik kerja dan tgk semua benda-benda tu, hatiku begitu luluh….masih berdoa agar Robin Jr. kembali…

Aku rindukan saat2 dia menunggu di luar rumah tatkala aku balik dari keje dan seawal pagi semasa aku nak pegi kerja… terlalu manja sampaikan nak berdukung seakan bayi kecil….sampaikan bila aku tengah masak pun, dia nak berdukung… Ya Allah…aku terlalu rindukan saat2 tersebut…. Ingat lagi tatkala aku menggoreng ape ntah, Robin. Jr mengiau minta didukung…terpaksalah aku mendukungnya seakan anak kecil sampaikan housemateku gelakkan aku yang terlalu manjakan seekor kucing! Teringat juga tatkala dia menggigit aku hanya kerana aku tak melayan karenah dia…tapi takdelah sakit…. gigitan manja untuk meminta perhatian…

Tapi kini semuanya dah tiada….setiap perkara yang melibatkan dia bisa membuatku sedih… sampaikan tgk baldi pon aku still ingat kat dia sebab dia suka masuk dalam baldi kalau aku takmo layan dia…Alahai………

Kenapa….kenapa setiap kali aku menyayangi ’sesuatu’, dengan kejamnya ’sesuatu’ itu dirampas dariku? Bukan menolak takdir…cuma aku kini semakin lemah untuk berharap…kerana aku mula meletakkan diriku sebagai insan yang tak layak untuk disayangi dan menyayangi….Syukur Alhamdulillah…keluargalah tempat terbaik untukku kini…cuma perkara yang berlaku padaku seakan tiada rasa belas….terus…dan terus…dan terus menyedihkan hatiku….. Ya Allah, tolonglah hambu-MU yang hina ini…..kepasrahan aku berada pada tahap kritikal…sampai satu tahap aku redha tanpa keikhlasan yang maksimum…aku mengaku sebab aku tak mahu jadi insan yang hipokrit….

Ape pun, aku doakan agar Robin Jr. diselamatkan oleh-MU…aku khuatir berlaku apa-apa padanya…seandainya itu dah tertulis…buat sekian kalinya aku pasrah..tapi kali ni aku benar-benar redha kerana jiwaku seakan lumpuh dan luluh….Cuma kalau ada individu yang menganiaya Robin. Jr…..aku takkan maafkan!!!

Doakan agar aku sentiasa memelihara iman………….doakan yang terbaik untukku… Wassalam

Dsc05634
Robin Jr.

Adoiiiiila………

June 29th, 2008

Assalamualaikum….

Wallawei…pagi ni kalut betul nak pegi keje…dah la lewat..tudung pulak terbakar..aduhai..mujur sempat datang opis…takderlah lewat…. tapi tudung kesayanganku dah berlubang…huuhuhuhuhuh…sedih btol! tapi nak buat macam mana,kan…dah takder rezeki.. :(

Well..minggu ni aku menonton citer SEPI dan WANTED…. dari emosi berkecamuk dan tenang bertukar menjadi ganas..ekekeekek…. Citer SEPI itu indah buat sesiapa yang mengalami kesepian dan menghargai sebuah cinta dan epilog pahit dan manis ketika melaluinya…pergh…. aku tak suka bila mengeluarkan ayat macam ni…hehehehehe..tapi tu la… pada pandangan aku, garapan SEPI seakan ada kekurangan..tapi aku tak tau dimana…mungkin sebab aku bukan insan seni yang sejati…tapi aku suka dengan jalan cerita yang tidak hipokrit….

WANTED pon besh sebab banyak aksi yang bisa membuatkan jantungku berdebar… tapi takderlah teruk sampai aku masuk wad dulu…ekekekekekek…. ganas btol, tapi jalan ceritanya okay walaupun ada certain part yang aku kureng nak paham..agaknya processor aku ada masalah kot..muahahahhahahah…..

Minggu ni jugak buat pertama kalinya, aku selaku orang kampung ni menjejakkan kaki ke COLD STORAGE,alamanda..phew… banyak item baru yang aku tak pernah tgk lagi…. agak mahal….last2 aku beli sponge basuh pinggan jer..takderlah nampak macam bodoh sangat…muahahahahah…paling suka, aku tertarik ngan kerang gergasi…humang aiiiihhhh…mesti along suke jugak tgk! ekekekeke..dah jadi macam karangan budak darjah 2 pulak…. "Pengalaman pertma ke Cold Storage"..pergh..buat malu jer..tapi takpe…at least aku tak hipokrit… aku still org kampung, what…??!! ape nak malu..kan?kan? yang penting kita tau asal usul kita…jangan terlalu mengikut arus kehidupan yang kita yakin akan menenggelamkan kita….itu pesan mama…ape pun aku bertuah ada mama n papa yang begitu percayakan anak2nya…cuma itulah..adik bongsu aku tu bakal melangkahkan kaki ke alam universiti… macam susah je mama n papa nak lepaskan…Adik..ingat pesan angah ni…ada sesetengah benda kita perlu lepas untuk grab benda yang menjamin masa depan kita. JANGAN amalkan sikap –> MATLAMAT MENGHALALKAN CARA…..apepun kena ada kos lepas…Angah belajar ekonomi dulu sikit2…so angah rasa apa yang angah nasihat ni betul…ekekekekekekek.. adeiiii..aperlah angah ni, dah macam tak betul….

Okayla, kasih sayang yang terbaik dari aku untuk semua…muahhhssssss!!!
Wassalam….

Get Smart vs. Prom Night

June 26th, 2008

Huhuhuhuhu…ari tu sempat layan citer Get Smart, Prom Night dan juga Kungfu Panda (sekali lagi!)..muahahahah…dah jadi muvee addict la pulak aku nih…at least takderlah makan tido je weekend,kan?

Hampir nak terbarai usus aku tgk citer Get Smart..mmg lawak selamba..at least along pon turut sama lepaskan tension kat sekolah dia ha… mmg besh giler! hehehehhehe… Pastu citer Prom Night pulak takderlah seram sangat sebab pembunuhan yang dilakukan tak berapa nak kejam…. along yang cakap macam tu sebab dia tuh penakut…heheheheh… takder mood la pulak nak jadik pengulas muvee….. esok nak tgk citer Sepi n Wanted pulak…ekekekekek ..tapi kan, aku teramat pelik la dengan klasifikasi filem kat wayang ni…tulis je ‘U’ tapi aku yang jadi lembaga penapisan kecil-kecilan ni berpendapat ada scene yang budak2 still takleh tengok..aku tak taulah macam mana diorang mengklasifikasikan filem2 nih..ke budak2 sekarang dah matured tahap gaban dan level pengklasifikasian tak sama sepertimana yang otak aku pikirkan…huhuhuhuh…..ntahla….

Well, buat Apis..good luck in ur exam…sorry la dik, akak lambat wish..ape pun selamat maju jaya…chaiyo!!!!

Relaxnya….

June 26th, 2008

Assalamualaikum…..

Minggu ni relax sikit selepas mengajar 2 hari kat agensi luar….punyalah cuak sebab kena berhadapan ngan participants dari luar jabatan…tapi aku tetap aku..takleh nak serius kalau mengajar…asyik buat lawak bodo jer..sampaikan participants (kebanyakannya lebih tua dari aku) dok gelak jer…mujur diorg semuanya sporting…takdelah aku takut sangat….best sangat bila diorang panggil aku macam ni " Cikgu…cikgu..macam mana nak buat ni…." ekekekekeke…mula2 panggil Cik Wan…. ada jugak panggil Puan..tapi last2 panggil aku cikgu… kelakar jugak sebab aku ni bukannya cikgu yang bertauliah…banyak buat lawak spastik dan bodoh jer….ape2 pun thanx la sesaper yang jadi student aku walau 2 hari…. dan paling besh bila aku tanya paham ke tak…diorang cakap … "Paham, cikgu…" ekekekekeke..perasan tahap gaban betul aku nih….itulah kepuasan bg insan yang bergelar pendidik, kan???? Lepas abis kursus pun ada student yang call aku… "Cikgu, saya ni…..ada masalah la nak masuk pangkalan data ni.." muahaahah……kesian betul kat anak murid aku yang sorang nih….. huhuhuhuh

Semalam ada majlis potluck khusus untuk staff opis yang dinaikkan pangkat dan yang dapat sambung belajar….alahai, sedih la pulak  :( ramai pulak tu…aduilah..bila la turn aku nak tinggalkan opis nie… perit la..perit…..ape pun aku ucapkan tahniah dan selamat berkhidmat di tempat baru buat korang semua…

Aku punyalah kering idea nak masak ape kali ni..iyerlah esok nak buat, hari ni bgtau…. tapi aku bangga akhirnya semua dibuat dengan perfect!! aku pun sempat masak ni jer…
kira okaylah dengan tahap kemalasan dan kekeringan idea aku…bukan aper..malam tu aku ada kelas 2 jam…balik dah penat giler… itupun amik time off semata2 nak carik cendawan kat pasar..ekekekekek buruk perangai btol la aku nih…..
Dsc05582